Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1027
Title: Fakulti Sains Bumi Memperkukuh Halatuju Stem di SMK Sultan Ismail
Authors: Muhamad Azhar Abas 
Kamarul Arifin Kambali @ Hambali 
Issue Date: 2020
Publisher: Fakulti Sains Bumi, UMK
Journal: Buletin Fakulti Sains Bumi 
Abstract: 
Pada 5 Februari 2020, seramai lapan orang pensyarah Fakulti Sains Bumi (FSB) telah menyertai program pengukuhan halatuju Science, Technology, Engineering and Mathematic (STEM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), Kota Bharu. Mereka yang terlibat adalah Dr Kamarul Ariffin Kambali@Hambali, Dr Muhamad Azahar Abas, Dr Nor Shahirul Umirah Idris, Dr Nurul Syazana Abdul Halim, Dr Nursufiah Sulaiman, Dr Roniza Ismail, En Hamzah Hussin dan En Nor Hizami Hassin. Program ini merupakan hasil kerjasama antara FSB dan SMKSI dengan suntikan dana daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC). Tujuan utama program ini adalah untuk menyemarakkan semangat pembelajaran STEM di sekolah dan seterusnya membina rasa cinta serta kesedaran berkenaan kepentingan STEM pada masa kini. Program ini telah melibatkan 100 orang pelajar daripada tingkatan 2, tingkatan 4, dan tingkatan 5. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah taklimat interaktif berkenaan kesedaran dan kepentingan STEM oleh wakil tiga program di FSB iaitu Ketua Program Sains Kelestarian (Dr Muhamad Azahar Abas), Ketua Program GeoSains (Dr Nursufiah Sulaiman) dan Dr. Kamarul Ariffin Kambali@Hambali mewakili Program Sains Sumber Asli. Selain itu, setiap program di FSB tidak melepaskan peluang membuat pameran instrumentasi dan demostrasi berkaitan program masing-masing. Sesi pameran dan demostrasi ini dikendalikan oleh wakil pensyarah setiap program. Program ini diakhiri dengan refleksi daripada peserta dan hasil dapatan menunjukkan impak yang positif dalam kalangan peserta
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1027
ISSN: 2682 - 8782
Appears in Collections:Faculty of Earth Science - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Bulletin_FSB_Edisi_Jan-Jun2020.pdf9.08 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.