Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/1071
Title: | Kisah 9 Dr Ruziah Ghazali - Penasihat Kehormat PKOKM: Lunak Ilmu Berbicara, Bijaksana Akur Menelinga | Authors: | Mohammad Nizamuddin Bin Abdul Rahim Syarizal Bin Abdul Rahim |
Issue Date: | 2020 | Publisher: | Institut Sosial Malaysia | Abstract: | Beliau yang telah dilahirkan sebagai kerdil dalam keluarga yang semuanya golongan upaya menjadikannya sebagai anak yang diberi lebih perhatian daripada ibu dan ayah. Kehidupan di zaman kecil dan remajanya di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan banyak mengajar Dr Ruziah erti keberanian. Anak ketiga daripada lapan adik beradik ini telah diajar untuk sentiasa berusaha bagi memenuhi keinginan sendiri. Bapanya telah meninggal ketika Dr Ruziah berusia 12 tahun. Pada usia 16 tahun, ketika cuti sekolah yang panjang, beliau bekerja dengan membantu sepupunya menguruskan hal ehwal rumahnya dan menjaga anak beliau. Pendapatan bulanan diserahkan kepada ibunya untuk membantu ibunya yang mempunyai tanggungan lapan orang anak. Sepanjang tempoh setelah tamat peperiksaan SPM dan semasa cuti ketika belajar di universiti, beliau mengambil peluang mengajar kelas-kelas tambahan bagi anak-anak Felda di situ dengan pelbagai bentuk bayaran yang diterimanya dari ibu bapa para pelajar. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/1071 | ISBN: | 978-967-460-867-5 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FKP |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
COVER BUKU OKU.pdf | 1.11 MB | Adobe PDF | View/Open | |
Draf Keempat Manuskrip 17102020 buku OKU.pdf | 18.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.