Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/1211
Title: | Kisah 13 Wong Yoon Loong - Pengurus CARE, NCBM: Kanta Permata | Authors: | Umi Waheeda I'zaaz Zulkifly Ahmad Ridhuwan Abdullah |
Keywords: | OKU | Issue Date: | 2020 | Publisher: | Institut Terjemahan dan Buku Malaysia | Abstract: | Alangkah gembiranya hati seorang pendidik apabila disapa anak muridnya di mana jua beliau berada. Namun ini bukanlah kisah cikgu sekolah, bukan jua kisah pensyarah universiti. In adalah kisah seorang pejuang keadilan yang membela nasib beribu orang buta di Malaysia. Kisah ini bermula pada 7 April 1966 apabila Yoon Loong dilahirkan namun tidak mampu untuk mengenal cahaya.Perjalanan hidup OKU pada ketika itu sememangnya tidak adil kerana sarat dengan kepahitan penuh dengan dugaan. Tidak ada yang akan berjaya kecuali mereka yang luar biasa. Demi menjadi antara yang luar biasa, anak jati Kuala Lumpur ini melangkah beribu batu jauhnya ke Pulau Pinang berpisah dengan keluarganya. Manakan tidak hiba, masakan air mata tidak bercucuran ke pipi pabila harus beliau berpisah dengan keluarganya, ketika berumur hanya lima tahun ketika itu. Walau hatinya tidak mahu berjauhan beliau akur akan kekurangan diri maka kakinya melangkah pergi ke St. Nicholas Home dengan satu tekad yang nyata, “Aku akan berjaya”. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/1211 | ISBN: | 978-967-460-867-5 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FKP |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
KANTA PERMATA.pdf | 2.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.