Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1557
Title: Pemeliharaan Proses Pembuatan Seni Anyaman Tikar Mengkuang Sebagai Warisan Kearifan Tempatan Yang Diancam Kepupusan
Authors: Farrah Atikah Saari 
SAHRUDIN MOHAMED SOM 
Keywords: pemeliharaan, proses, anyaman, tikar mengkuang,warisan, kepupusan
Issue Date: 2020
Publisher: Department of National Heritage
Project: Jurnal Warisan Tidak Ketara 
Journal: Jurnal Warisan Tidak Ketara 
Abstract: 
Seni anyaman tikar mengkuang merupakan milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi sehingga hari ini. Anyaman tikar mengkuang juga merupakan produk kraf yang menjadi keperluan harian masyarakat suatu ketika dahulu. Namun kini, penggunaanya semakin terpinggir berikutan kemunculan barangan moden seperti tikar plastik dan permaidani dengan pelbagai corak dan warna. Tidak ramai lagi orang yang mahir dalam membuat tikar mengkuang dan sekaligus menjadi petanda seni kraf ini sedang diancam kepupusan. Oleh itu, kajian perlu dilaksanakan bagi mengetahui sejarah dan asal usul kewujudan anyaman tikar mengkuang di dalam masyarakat setempat serta mengenalpasti kaedah dan proses di dalam menghasilkan anyaman tikar mengkuang. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan temubual. Kaedah kajian perpustakaan dijalankan bagi mengetahui dari aspek sejarah dan asal usul kewujudan anyaman tikar mengkuang. Manakala kaedah temubual dijalankan dengan menemubual individu yang menjalankan kerja-kerja dalam proses pembuatan tikar mengkuang dari awal hingga akhir. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sejarah dan asal usul kewujudan anyaman tikar mengkuang ini telah lama berada di dalam masyarakat setempat terutamanya bagi masyarakat Melayu. Selain itu, bagi proses pembuatan tikar mengkuang pula dimulakan dengan proses memilih dan memotong daun mengkuang mentah, seterusnya adalah proses merebus dan merendam. Setelah direndam, bilah-bilah mengkuang akan dijemur dan direndam pula di dalam cecair pewarna dan dikeringkan sekali lagi. Proses terakhir ialah tikar akan dianyam dalam pelbagai corak dan dikemaskan hujungnya. Kesimpulannya kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam memelihara warisan seni anyaman tikar mengkuang ini sekaligus dapat dikomersialkan dan menjadi kraftangan kebanggaan generasi akan datang.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1557
ISSN: e-ISSN: 2735-2986
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
JURNAL WARISAN TIDAK KETARA.pdf17.05 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.