Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1572
Title: Kemahiran Interpersonal Menurut Perspektif Barat dan Islam: Satu Analisis di kalangan Kepimpinan NGO-BMI Malaysia
Authors: Marwan Ismail 
Nik Yusri Musa 
Muhammad Hafizuddin 
Keywords: Kemahiran interpersonal; Kemahiran sosial; Kemahiran komunikasi ; Organisasi bukan kerajaan (NGO) berkebajikan Melayu Islam; Kepimpinan syura
Issue Date: Aug-2020
Publisher: UTHM
Abstract: 
Kajian ini adalah mengenai kemahiran interpersonal di kalangan pemimpin NGO-BMI di Malaysia. Kebanyakkan kajian mengenai kemahiran perorangan dilakukan oleh pengkaji dalam perspektif Barat. Sehubungan itu, masih terdapat ruang kajian lain mengenainya menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Khususnya, kajian yang melibatkan kepimpinan di NGO-BMI Malaysia. Kajian ini, mempunya dua (2) objektif; (1) meneroka konsep utama kemahiran perorangan berdasarkan perspektif sarjana Barat dan Muslim Sunnah. 2) Apakah ciri-ciri kemahiran interpersonal menjadi amalan pemimpin NGO-BMI Malaysia. Kajian ini telah memilih metodologi kualitatif, dengan meneliti tulisan para sarjana yang akan dianalisis bagi merumuskan tema penting berkaitan dengan konsep kemahiran perorangan dalam persepektif sarjana Barat dan Muslim. Selain itu, teks temubual separa struktur yang telah ditranskrip bersama tujuh (7) pemimpin dari enam (6) NGO-BMI turut dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati terdapat tiga (3) tema utama mengenai kemahiran perorangan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Sehubungan itu, hasil kajian mendapati majoriti kepimpinan NGO-BMI telah mengamalkan pendekatan kemahiran interpersonal secara hybrid iaitu Barat dan Islam. Sehubungan itu, kajian lanjutan mengenai kemahiran perorangan berasasakan teks al-Quran dan al-Sunnah perlu dikembangkan di pelbagai konteks pada masa hadapan.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1572
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Other publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
interpersenoal skils-artikel.pdf654.69 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.