Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/1640
Title: | PEMULIHARAAN TERHADAP STRUKTUR BANGUNAN ISTANA JAHAR SEBAGAI BANGUNAN WARISAN DI KELANTAN: SATU TINJAUAN AWAL | Authors: | Muhammad Sani, Nur Nasiha Shaharuddin, Shahariah Norain |
Keywords: | Bangunan Warisan;Struktur Bangunan;Istana Jahar | Issue Date: | 2020 | Publisher: | International Journal of Creative Future and Heritage | Journal: | International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) | Abstract: | Makalah ini mengkaji tentang kajian pendekatan pemuliharaan terhadap struktur bangunan Istana Jahar sebagai bangunan warisan di Kelantan yang dikategorikan sebagai warisan ketara. Bangunan Istana Jahar kini dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat. Ianya telah diiktiraf sebagai bangunan warisan pada tahun 2012 oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) selain merupakan salah satu tempat destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan utama para pelancong yang datang ke Kelantan. Tambahan lagi, istana warisan tersebut kaya dengan senibina warisan lama, dibina oleh orang pakar, mempunyai tradisi selain pernah dijadikan sebagai tempat bersemayam dan pusat pentadbiran pada awal pembinaanya. Namun begitu, seperti mana bangunan warisan lain yang dibina dengan menggunakan kayu sepenuhnya berisiko tinggi dari mengalami kerosakan dan kecacatan dari beberapa faktor terutamanya bencana alam. Pada tahun 2004 dan 2014, negeri Kelantan telah mengalami banjir besar di Kota Bharu dan telah menjejaskan bangunan warisan Istana Jahar kerana ditenggelami banjir dan telah menyebabkan berlaku kerosakan pada beberapa struktur bangunan. Justeru, kajian ini menekankan tentang pendekatan pemuliharaan yang digunakan bagi mencegah dan membaikpulih bangunan warisan dari berlaku kerosakan dan usang selain mengekalkan nilai keasliannya. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temubual separa berstruktur terhadap bangunan warisan Istana Jahar dalam mengkaji pendekatan pemuliharaan yang digunakan. Maka, pendekatan pemuliharaan yang betul diharapkan dapat mengekalkan bangunan Istana Jahar sebagai bangunan warisan yang sentiasa dilindungi dan menjadi tempat pelancongan kepada masyarakat selain dapat meningkatkan ekonomi dalam industri pelancongan di Kelantan. |
Description: | Mycite |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/1640 | ISSN: | 2289-4527 |
Appears in Collections: | Journal Indexed MyCite - FTKW |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
IJCFH-Content-Vol.8-Issue-No.2-74-85.pdf | TENIAT | 1.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.