Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/1652
Title: | INTERPRETASI RESEPSI SASTERA MENERUSI LIRIK LAGU TOLONG INGATKAN AKU | Authors: | Nordiana. AJ MOHD FARADI MOHAMED GHAZALI |
Keywords: | Anugerah Juara Lagu 25;Juara Lagu;Tolong Ingatkan Aku;Lirik Lagu;Teori Resepsi | Issue Date: | 2020 | Publisher: | UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN | Abstract: | Lirik lagu merupakan salah satu manifestasi sastera yang mencerminkan ketinggian nilai budaya masyarakat pendukungnya. Lirik dan irama lagu semestinya nusa yang berpisah tiada dan menjadi hiburan dalam kehidupan manusia. Menerusi lirik lagu ia bukan hanya sekadar mengulit halwa telinga dan memberi hiburan semata-mata, malah dalam seni kata lagu juga terkandung dengan nilai, moral dan pengajaran yang mampu memberi didikan dalam membentuk keperibadian seseorang. Kepelbagaian genre dan bait lagu yang terhasil menunjukkan variasi kebudayaan daripada pengkarya yang menunjukkan kreadiliti keunggulan dalam sesuatu penciptaan karya. Kajian ini dilaksanakan sebagai merungkai persoalan tentang peranan lirik lagu terpilih dalam mengembleng unsur positif terhadap masyarakat pendengar. Selain itu, kajian ini juga meneliti bait-bait lirik lagu Tolong Ingatkan Aku, yang dihasil dan dinyanyikan oleh Ana Raffali sehingga diangkat mempunyai nilai komersial kerana telah dijulang sebagai juara lagu dalam Anugerah Juara Lagu Ke-25. Kaedah kajian ini dijalankan secara kualitatif atau kepustakaan melalui penelitian bahan seperti artikel, buku, majalah dan tesis. Teori resepsi dijadikan sebagai sandaran untuk meneliti dan merungkaikan setiap bait lirik lagu ini yang merangkumi aspek gaya bahasa, teknik penulisan, unsur kesamaran, bauran kiasan dan perlambangan atau semiotik bagi membuktikan falsafah gaya penyampaian pengkarya. Hasil kajian mendapati lagu Tolong Ingatkan Aku merupakan sebuah karya berbentuk lagu puisi yang terhasil dalam penyampaian implisit sebagai memberi pesanan, sindiran halus dan nasihat terhadap kehidupan manusia agar tidak alpa tatkala berada di kemuncak kegemilangan. |
Description: | Mycite |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/1652 | ISSN: | 2289-4527 |
Appears in Collections: | Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
IJCFH-Content-Vol.8-Issue-No.2-35-53.pdf | 318.25 kB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.