Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2554
Title: Pembinaan Taksonomi Kerohanian; Inisiatif Awalan
Authors: Noor Hisham Md Nawi 
Keywords: Taksonomi Bloom;Domain kerohanian;Pendidikan bersepadu;Wahyu
Issue Date: Dec-2021
Publisher: Tinta Artikulasi Membina Ummah (TAMU)
Journal: TAMU (Tinta Artikulasi Membina Ummah) 
Abstract: 
Sistem pendidikan negara seperti tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai taksonomi yang berfokuskan kepada domain kognitif terutama Taksonomi Bloom. Meskipun terdapat pelbagai taksonomi lain, Taksonomi Bloom masih dominan dan digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan yang paling rendah sehingga ke IPT. Taksonomi ini telah banyak dikritik dan tidak menyediakan satu panduan untuk menangani aspek kerohanian. Taksonomi Krathwohl yang memberi fokus kepada domain afektif dilihat belum mampu untuk memenuhi keperluan pembelajaran domain kerohanian sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan dan keharmonian antara domain jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Setakat ini belum ada lagi satu taksonomi yang dibangunkan secara khusus untuk membantu warga pendidik menyantuni aspek kerohanian secara jelas seperti kursus atau matapelajaran pendidikan Islam. Artikel ini bertujuan untuk meneroka keperluan membangunkan satu taksonomi yang berasaskan kepada domain kerohanian di samping turut memanfaatkan taksonomi berasaskan kognitif. Dengan menggunakan pendekatan penyelidikan bersepadu, konsep taksonomi berasaskan kerohanian dan keperluannya diteroka berpandukan pedoman wahyu dan sumber-sumber sekunder yang berkaitan. Dapatan menunjukkan bahawa taksonomi kerohanian adalah satu keperluan penting dalam sistem pendidikan Islam dan perlu dibangunkan dengan kadar segera.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2554
ISSN: 2289-960X
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
TAMU Vol 7(2) December 2021 12-23.pdf145.33 kBAdobe PDFView/Open
Preliminary TAMU Vol 7(2) December 2021.pdf435.44 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.