Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2641
Title: Nilai Kemanusiaan Dalam Novel Atas Lantai Takdir Karya Fida Rohani
Authors: Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Nordiana Ab Jabar 
Sudirman Kiffli 
Farrah Atikah Saari 
Suraya Sukri 
Ainul Wahida Radzuan 
Keywords: Nilai kemanusiaan;perilaku terpuji
Issue Date: Dec-2021
Abstract: 
Kertas kerja ini membincangkan tentang kehadiran nilai kemanusiaan yang ada dalam seputar kehidupan manusia menerusi novel Atas Lantai Takdir (2013) karya Fida Rohani. Novel tersebut merupakan sebuah karya yang sarat dengan mesej murni dalam kehidupan umat manusia untuk dijadikan teladan dan mampu membawa manusia kearah perilaku terpuji dalam dunia nyata. Objektif kajian ini adalah untuk mengemukakan dan menganalisis elemen nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel kajian. Dalam konteks kehidupan sebenar, manusia tidak boleh lari daripada melatih diri untuk mengamalkan nilai kemanusiaan yang terpuji kerana perkara ini bukan sahaja memenuhi praysarat kebahagian hidup tetapi turut menjadi bukti dakwah dari seorang individu kepada individu lain. Hal ini kerana, dakwah tidak semestinya disampaikan melalui bait-bait -kata sahaja tetapi boleh juga ditonjolkan melalui perilaku terpuji seperti yang terdapat pada nilai kemanusiaan menerusi novel Atas Lantai Takdir. Justeru, Pendekatan Dakwah menerusi Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang (1994) telah digunapakai bagi memurnikan lagi kajian ini. Hasil kajian mendapati teks ini telah mengangkat nilai kemanusiaan seperti nilai kemaafan, nilai kasih sayang, nilai baik hati dan nilai ketaatan terhadap ajaran agama dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Setelah diamati, watak-watak yang ditonjolkan berjaya mempraktikkan nilai kemanusiaan dalam diri mereka meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik hidup. Kajian ini diyakini mampu memberi lebih pendedahan dan kefahaman kepada khalayak tentang erti nilai kemanusiaan yang sebenar khususnya dalam konteks dakwah.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2641
ISBN: 978-967-2912-92-7
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
eproceeding isych 2021.pdf4.75 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.