Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2643
Title: Simbolik Alam dalam Peribahasa: Kepintaran Akal Masyarakat Melayu
Authors: Nordiana Ab Jabar 
Suraya Sukri 
Ainul Wahida Radzuan 
Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Sudirman Kiffli 
Farrah Atikah Saari 
Keywords: Alam Semulajadi Kelantan;Peribahasa Melayu
Issue Date: Dec-2021
Abstract: 
Kehidupan masyarakat Melayu berkait rapat dengan alam sehinggakan tingkah laku dan juga aktiviti seharian masyarakat dipengaruhi oleh peredaran alam. Hal ini demikian kerana alam adalah perkara yang telah mewujudkan kegemilangan manusia pada zaman sekarang. Unsur alam membawa kepada permaknaan yang sangat luas dan mendalam sehingga digunakan dalam beberapa puisi tradisonal terutamanya peribahasa. Namun begitu kerana berlakunya perubahan dalam transisi dunia sastera sendiri pemahaman tentang simbolik alam dalam peribahasa masih belum dihayati oleh khalayak sepenuhnya. Justeru, kajian ini bertujuan mengungkap kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam mengaitkan alam dan peribahasa dalam proses kepengaranganya. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk analisis dokumen dengan merujuk beberapa teks peribahasa Melayu terpilih. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis simbol perlambangan alam seperti hujan, sungai, laut dan banyak lagi yang mempunyai makna yang berbeza dalam peribahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini dapat memberi pengetahuan yang luas kepada pengkaji dan khalayak tentang kehebatan pemikiran masyarakat Melayu dalam peribahasa kerana alam sebagai cerminan kehidupan.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2643
ISBN: 978-967-2912-92-7
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
eproceeding isych 2021.pdf4.75 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.