Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/2874
Title: | KETIDAKSANTUNAN KOMUNIKASI NON-VERBAL DALAM NOVEL-NOVEL SHAHNON AHMAD BERDASARKAN PENDEKATAN IHYA' ULUMIDDIN | Authors: | SITI NUR ANIS MUHAMMAD APANDI Rohayati Junaidi Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali Eizah Mat Hussin, Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi Farrah Atikah Saari |
Issue Date: | 18-Oct-2021 | Publisher: | Persatuan Penulis Budiman Malaysia | Conference: | Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga | Abstract: | Abstrak: Komunikasi non-verbal dan kehidupan manusia tidak akan terpisah dalam apa jua sekalipun sehinggakan manusia dapat menyaksikan pelbagai fenomena komunikasi non-verbal yang tidak santun dalam masyarakat. Ketidaksantunan komunikasi merupakan suatu bentuk sistem berbahasa yang jauh dan menyimpang dari susunan atau sistem nilai budaya dan agama dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks Islam, ketidaksantunan komunikasi non-verbal merujuk kepada pengamalan sistem komunikasi non-verbal yang meminggirkan ciri-ciri etika dan estetika pendidikan akhlak Islam. Pertentangannya dalam konteks etika Islam telah mengakibatkan isu ketidaksantunan komunikasi non-verbal telah menjadi salah satu bentuk krisis sosial yang sering kali mendapat perhatian umum untuk diketengahkan dan dibincangkan dalam masyarakat menerusi pelbagai medium. Golongan penulis sastera seperti Shahnon Ahmad sering kali menjadikan karya prosanya untuk mengetengahkan isu-isu yang melibatkan krisis sosial ketidaksantunan non-verbal untuk dijadikan iktibar dan menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Buktinya, novel Terdedah (1965), Patriach (1991) dan Tivi (1996) yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad jelas memaparkan isu ketidaksantunan non-verbal yang tersasar dengan nilai ajaran Islam dan wajar untuk diberikan perhatian sebaik mungkin. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneliti ketidaksantunan komunikasi non-verbal dalam novel-novel terpilih Shahnon Ahmad. Landasan penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan ketidaksantunan komunikasi non-verbal yang diketengahkan oleh watak-watak menerusi tiga novel terpilih karya Shahnon Ahmad. Data penelitian diambil melaui petikan-petikan teks melalui kaedah kualitatif. Data analisis pula berdasarkan Pendekatan Ihya’ bagi tujuan memperincikan lagi elemen ketidaksantunan dalam perspektif Islam menerusi teks-teks kajian. Hasil penelitian mendapati bahawa sememangnya terdapat adegan ketidaksantunan komunikasi non-verbal melalui watakwatak yang digarap oleh Shahnon Ahmad dalam novel Tivi, Patriach dan Terdedah. Adeganadegan iaitu ketidaksantunan non- verbal telah hadir pelbagai bentuk yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam . Fenomena ketidaksantunan komunikasi non-verbal ini bukan sahaja terjadi dalam golongan remaja sahaja tetapi turut berlaku dalam golongan dewasa iaitu golongan bertaraf ibu dan bapa. Usaha yang proaktif harus diteliti bagi memupuk nilai sahsiah diri yang mapan dalam kalangan individu agar terhindar dari konflik ketidaksantunan non-verbal. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/2874 | ISBN: | 9789671519592 |
Appears in Collections: | Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings |
Files in This Item:
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.