Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2877
Title: PERSEPSI KOMUNITI TERHADAP PEMELIHARAAN RUMAH KEDAI LAMA DALAM MENDAPATKAN IMEJ DAN IDENTITI BANDARAYA ISLAM DI KOTA BHARU KELANTAN
Authors: Farrah Atikah Saari 
SITI NUR ANIS MUHAMMAD APANDI 
Mohammad Rusdi Mohd Nasir 
Wan Saiful Nizam Wan Mohamad 
Nasirin Abdillah 
Fairuladilan Hamadun 
Keywords: Bandaraya, identiti, imej, islam, komuniti, pemeliharaan, persepsi
Issue Date: Oct-2021
Publisher: Persatuan Penulis Budiman Malaysia
Conference: Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga 
Abstract: 
Abstrak: Kota Bharu merupakan bandar yang sedang membangun dari segi pembangunan
bangunan yang berunsurkan Islam. Namun terdapat beberapa permasalahan yang berlaku di
bandar budaya tersebut berkaitan imej dan identiti Kota Bharu Bandaraya Islam. Antaranya ialah
(1) tekanan pembangunan menjadikan rekabentuk bangunan dan fasad yang lama kurang
dipelihara dan dijaga, (2) gaya senibina terlalu menyerupai negara Arab yang tidak sesuai dengan
cuaca dan persekitaran dan (3) corak pembangunan telah menjadikan ciri-ciri seni bina
tradisional Kelantan semakin hilang dan berkurangan di kawasan MPKB-BRI. Jadi kajian perlu
dilaksanakan bagi mengenalpasti kriteria rekabentuk pembangunan rumah kedai dalam
mendapatkan imej dan identiti Bandaraya Islam di Kota Bahru Kelantan. Kajian ini adalah
berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah temubual berstruktur dan menggunakan
instrumen FGD (Fokus Group Discussion) yang melibatkan temubual responden secara individu
dan berkelompok. Temubual responden yang telah dikenalpasti dirakam menggunakan alat
perakam audio dan ditranskripsikan pada nota lapangan. Hasil kajian mendapati terdapat
beberapa persepsi yang negatif dan positif oleh komuniti terhadap pembangunan rumah kedai
dalam mendapatkan imej dan identiti bandaraya Islam di Kota Bharu Kelantan berdasarkan
cadangan pemuliharaan bangunan dari aspek keseragaman bangunan, cadangan penggunaan
warna dan cadangan penggunaan architectural screening. Oleh itu, usaha pembangunan rumah
kedai dalam mendapatkan imej dan identiti bandar memainkan peranan penting bagi
menggalakkan kedatangan pelancong luar di samping dapat menambah kadar ekonomi komuniti di bandar tersebut
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2877
ISBN: 9789671519592
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.