Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/3259
Title: | Hukum Gadaian Harta Intelektual Menurut Perspektif Fiqh | Authors: | Nurul Iman Mohd Zain Abdullah, Luqman |
Keywords: | Gadaian;al-Rahn;harta intelektual | Issue Date: | Nov-2018 | Publisher: | KIAS, Kelantan | Journal: | Jurnal KIAS | Abstract: | Gadaian, atau al-Rahn merupakan satu kontrak muamalat yang diharuskan syarak, di mana satu barang yang berharga yang mempunyai nilai di sisi syarak, dijadikan cagaran atau sandaran terhadap hutang yang boleh dibayar dengannya ketika hutang tersebut tidak dapat dijelaskan. Namun, dalam konteks semasa, terdapat pelbagai jenis harta dan produk yang timbul. Harta-harta ini bukan sahaja berbentuk nyata (Ężayn atau fizikal), malahan melangkaui kepada bentuk yang tidak nyata, seperti harta intelektual yang merangkumi hak cipta, harta industri dan sebagainya. Oleh itu, isu yang timbul adalah apabila sesetengah fuqaha membataskan definisi harta (mal) kepada harta yang berjasad sahaja, sedangkan harta pada konteks semasa telah mengalami revolusi dan perubahan. Persoalan yang dilontarkan, adakah harta-harta intelektual ini boleh digadaikan, kerana pada zahirnya, harta ini tergolong dalam harta yang tidak bersifat nyata? Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengupas kembali konsep harta (mal) menurut perspektif Fiqh bagi merungkai kembali isu yang timbul serta menjelaskan kesamaran yang berlaku kini. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan yang banyak bergantung kepada metode analisis teks. Hasil kajian mendapati bahawa harta intelektual adalah dikira harta (mal) yang diharuskan dan dibolehkan melakukan transaksi ekonomi ke atasnya, termasuklah gadaian. Tambahan, bagi mengiktiraf sesuatu harta intelektual sebagai harta, maka ianya perlu menepati asas penentuan bagi sesuatu harta, agar ianya boleh dilakukan akad rahn ke atasnya, sebagaimana dilakukan akad jual beli. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/3259 | ISSN: | 2289-8050 |
Appears in Collections: | Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FBI |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Muka hadapan Jurnal KIAS 2018.pdf | 25.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.