Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4128
Title: | Usah biar kelesuan digital jejas kualiti hidup | Authors: | Nurul Hafizah Mohd Yasin | Issue Date: | 13-Dec-2022 | Publisher: | Berita Harian | Abstract: | Pandemik COVID-19 menjadikan kebanyakan organisasi bergantung kepada kemudahan digital untuk berhubung dan menyelesaikan tugasan kerja. Kebanyakan pekerja pula pada waktu ini mengalami transformasi teknologi pada masa singkat tidak kira peringkat umur. Kelesuan digital berlaku akibat penggunaan peranti digital secara berpanjangan atau berterusan. Contohnya, penggunaan laptop di tempat kerja dan disambung pula dengan penggunaan telefon pintar di rumah untuk bekerja menyebabkan kesan kepada emosi, mental dan fizikal pekerja. Tidak dapat dinafikan kebergantungan terhadap peranti digital ini semakin membarah dalam kalangan masyarakat di Malaysia dek keperluan skop pekerjaan masa kini, tetapi kesannya mengakibatkan kelesuan. Dalam masyarakat, kelesuan dilihat sekadar perkara biasa atas alasan pekerja mengalami stres. Bagaimanapun, kelesuan adalah perkara serius perlu diberi perhatian pekerja dan majikan kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental pekerja jika tidak ditangani dengan berkesan. Menurut Laporan Kesihatan Pekerja 2022, 58 peratus pekerja di Malaysia menyatakan mereka mengalami kelesuan di tempat kerja dalam tempoh tiga bulan ke belakang. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4128 |
Appears in Collections: | Faculty of Hospitality, Tourism and Wellness - Other Publication |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
13BH011A1.pdf | 130.49 kB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.