Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4177
Title: Spritual Education in the Text of The Friday Sermon Haji Musa Haji Yahya
Authors: Shahnun Hj Musa 
Burhan Che Daud 
Keywords: Kerohanian
Issue Date: 2022
Publisher: Kolej Universiti Sultan Ismail Petra (KIAS)
Journal: RABBANICA 
Abstract: 
Pelbagai kaedah, pendekatan dan strategi boleh dilaksanakan dalam pendidikan Islam. Khutbah Jumaat merupakan salah satu strategi yang berkesan untuk pendidikan umat Islam. Bahan dan isi khutbah Jumaat adalah yang bersesuaian untuk matlamat dakwah dan pendidikan meliputi pemantapan akidah, pemurnian ibadah dan pelebaran ukhuwwah. Kajian ini bertujuan menonjolkan bahawa terdapat strategi pendidikan dalam teks khutbah Jumaat Haji Musa Haji Yahya. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan tentang aspek-aspek pendidikan kerohanian dalam teks khutbah Jumaat Haji Musa Haji Yahya. Kajian dilakukan secara kualitatif dengan data kajian diperolehi secara dokumentasi daripada 94 teks khutbah Jumaat Haji Musa Haji Yahya. Hasil penelitian menunjukkan bahawa terdapat aspek-aspek pendidikan kerohanian melalui pendekatan tazkiyah al-nafs dalam penyampaian khutbah beliau. Justeru penekanan pendidikan kerohanian sebegini perlu dilestarikan dalam penyampaian khutbah Jumaat agar tercapai matlamat pendidikan baik kepada muslim secara individu mahupun secara kelompok.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4177
ISSN: 2756-7893
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
218-Article Text-363-1-10-20220529.pdf553.4 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.