Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4438
Title: | Pembinaan Sosial Gender Kanak-kanak | Authors: | Nur Azwani Mansor Noor Hisham Md Nawi |
Keywords: | Konsep Gender;Pembinaan Sosial;Peranan Gender;Identiti Gender | Issue Date: | 2022 | Publisher: | KUIS | Journal: | Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah | Abstract: | Gender adalah suatu pembinaan sosial dalam sesebuah masyarakat yang dipengaruhi oleh keadaan sosial, budaya, ekonomi, agama dan politik. Konstruk atau pembinaan sosial adalah bergantung kepada persepsi dan tanggapan masyarakat tentang sesuatu hal, keadaan atau fenomena. Konsep gender merupakan fenomena sosial yang bersifat relatif dan kontekstual kerana sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa. Ini kerana ia merangkumi nilai nilai kepercayaan yang didasari agama, norma dan adat budaya. Konsep awal tentang pembentukan gender berlaku seawal kanak-kanak lagi dan bersifat fleksibel kerana gender boleh dipelajari dari orang dewasa dan juga persekitaran. Dalam kerangka perbincangan tentang kosep gender, kajian ini menyasarkan satu objektif utama iaitu untuk menjelaskan bagaimana gender berinteraksi dengan kekuatan elemen-elemen sosial lain dalam masyarakat dalam mempengaruhi pembentukan dan perkembangan gender kanak-kanak. Metodologi kajian adalah berasaskan pendekatan kajian kualitatif dalam bentuk kajian kepustakaan. Data-data kepustakaan diperolehi dari buku dan artikel ilmiah, tesis, rencana majalah dan sebagainya. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan yang meliputi proses induktif, deduktif dan sintesis dalam meneliti elemen-elemen tersebut. Secara tuntasnya, kajian ini mendapati terdapat beberapa elemen sosial yang berinteraksi dengan konsep gender dalam membentuk dan membangunkan gender kanak-kanak. Antaranya ialah identiti gender, stereotaip gender, ciri maskulin dan feminin, peranan gender dan perbezaan gender. Elemen-elemen tersebut berlaku secara berperingkat dan mempengaruhi tanggapan tentang gender apabila kanak-kanak dewasa kelak. Oleh yang demikian, peranan perbezaan gender menjadi selari dengan kehendak sosial, adat budaya dan persepsi masyarakat serta dapat diimplimentasikan dengan jayanya tanpa konflik dalam sesebuah masyarakat. |
Description: | Mycite |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4438 | ISSN: | 2289-8042 |
Appears in Collections: | Journal Indexed MyCite - FBI |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembinaan Sosial Gender Kanak-kanak.pdf | 346.46 kB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.