Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4474
Title: | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) Sebuah Filem Cerminan Ummah | Authors: | fatimah muhd shukri Nur Asfarina Ab Aziz Mohd Saipuddin Suliman |
Keywords: | MKKP; Ummah;Nasionalisme | Issue Date: | 2022 | Publisher: | Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan, UMK | Conference: | International Conference on Ummah 2022 | Abstract: | Tanggal 23 Jun 2022, masyarakat Malaysia telah disajikan dengan sebuah filem mengenai pendudukan British di Tanah Melayu iaitu filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (MKKP) (2022). Filem ini telah mencetuskan fenomena iaitu dari segi kutipan tiket yang mencecah RM90juta selepas 33 hari tayangan dan telah merangsang semangat nasionalisme. Filem ini memaparkan nilai sejarah, nasionalisme dan perpaduan ummah. Dalam pembangunan era digital, filem memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej dan sebagai medium hubungan bagi merapatkan jurang antara kaum. Namun begitu, filem Malaysia yang mencerminkan ummah atau masyarakat Malaysia masih kurang dihasilkan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, timbulnya satu persoalan yang ingin dijawab dalam makalah ini iaitu, adakah filem MKKP memaparkan aspek perpaduan ummah?. Makalah ini bersandarkan kepada kajian penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Kajian perpustakaan turut diaplikasikan bagi mengumpul data dalam bentuk cetakan dan digital. Analisis kandungan diaplikasikan bagi menganalisis data bentuk digital yang diperoleh daripada filem MKKP. Makalah ini menerapkan lima panduan keperluan sosial dan psikologi yang perlu dipenuhi oleh pengguna media dalam Teori Kepuasan dan Kegunaan yang diperkenalkan oleh Katz, Gurevitch, dan Haas. Secara keseluruhannya, makalah ini merakamkan, lima panduan keperluan sosial dan psikologi yang perlu dipenuhi oleh pengguna media dan didapati terdapat dalam filem MKKP sama ada dalam proses produksi atau penggambaran mahupun kandungan filem tersebut. Berdasarkan penilaian peribadi pemakalah, antara lima keperluan ini, keperluan kognitif, afektif dan integratif sosial diteliti melebihi keperluan integratif dan keperluan mengurangkan tekanan. Hal ini kerana, tiga keperluan tersebut diteliti lebih menyerlah dan memberi impak kepada penonton dengan disaksikan sendiri semasa melakukan penontonan di panggung wayang. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4474 | ISBN: | 978-967-0021-48-5 |
Appears in Collections: | Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
eProceeding ICU 2022-783-793.pdf | 582.85 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.