Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4477
Title: | Unsur Estetika Bahasa Yang Terdapat Dalam Novel Magis Karya Ramlee Awang Murshid | Authors: | Mumtaz Farhani binti Mohamad Anis Nazurah Bt Md Karim Nurul Shazana binti Marajah Nooraizzati binti Ahmad Puat Wan Nur Akmal Wan Ismail Siti Nur Anis Muhammad Apandi |
Keywords: | Unsur estetika bahasa dalam novel magis karya Ramlee Awang Murshid | Issue Date: | 2022 | Conference: | Webinar Pelestarian Warisan Budaya Di Persada Global 2022 | Abstract: | Novel Magis ini mengisahkan tentang fenomena halo yang telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mula terhakis. Kajian ini berpaksikan kepada dua objektif, iaitu mengenal pasti dan menganalisis unsur estetika bahasa yang terdapat dalam novel Magis karya Ramlee Awang Murshid. Seterusnya, unsur estetika bahasa yang terkandung dalam novel Magis ini akan diaplikasikan dengan menggunakan Teori Puitika Sastera Melayu daripada Muhammad Haji Salleh. Pengaplikasian teori puitika sastera dilakukan dalam kajian ini adalah untuk memantapkan lagi hujah analisis kajian. Kajian yang dilakukan ini dapat memberi kesedaran yang tinggi kepada pembaca lebih-lebih lagi kami para pengkaji bahawa pentingnya unsur estetika bahasa ini. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan teks bagi memastikan data yang diperoleh adalah tepat dan sistematik. Kajian ini akan memberi penghayatan yang lebih mendalam kepada para pengkaji tentang bahasa-bahasa yang puitis terdapat di dalam novel magis ini. Hasil kajian ini membuktikan bahawa unsur estetika bahasa mampu memainkan emosi khalayak dan sekaligus dapat mendidik khalayak ke arah lebih baik dan bertamadun. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4477 | ISBN: | 978-967-0021-14-0 |
Appears in Collections: | Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ePROCEEDING_WEBINAR PELESTARIAN WARISAN BUDAYA DI PERSADA DUNIA 2022.pdf | 5.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.