Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4479
Title: | Prinsip Pemilihan Kata Dalam Cerekarama Ayahanda Berdasarkan Teori Konseptual Kata Kunci | Authors: | Sakinah Harumi binti Zulhazmi Nurul Shahirah binti Muda Nur Aslinda binti Mohd Anuar Nurul Syuhada binti Roslan Muhammad Hafiz bin Zulkifli Siti Nur Anis Muhammad Apandi |
Issue Date: | 2022 | Conference: | e-proceeding Webinar Pelestarian Warisan Budaya Di Persada Dunia 2022 | Abstract: | Makalah ini dihasilkan bertujuan untuk menganalisis mesej daripada sebuah cerekarama hasil nukilan Azizi Haji Abdullah iaitu Ayahanda menggunakan Teori Konseptual Kata Kunci yang telah diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan (2005). Makalah ini akan membincangkan mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh Azizi Haji Abdullah. Menerusi pendekatan ini, perkara-perkara yang cuba disampaikan oleh pengarang akan dirungkai menerusi satu prinsip yang terdapat di dalam teori ini iaitu dari segi pemilihan kata. Prinsip ini adalah berkenaan dengan kata kunci yang menonjolkan apa yang cuba disampaikan oleh pengarang. Permasalahan atau isu yang ingin diulas serta menjadi perhatian pengkaji dalam kajian ini adalah bagaimana konseptual atau konsepsi Azizi Haji Abdullah dalam menyampaikan mesej yang mempengaruhi penghasilan karyanya yang bertajuk Ayahanda. Penulisan ini terarah kepada menjelaskan prinsip pemilihan kata dalam cerekarama Ayahanda menerusi Teori Konseptual Kata Kunci dan mengenalpasti secara mendalam tentang mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang. Dalam kajian ini, pengkaji telah membataskan ruangan kajian kepada skop yang lebih terhad. Hal ini bertujuan untuk memastikan hasil akhir yang diperoleh adalah lebih jelas dan memuaskan. Walaupun skop batasan lebih kecil dan terhad, segala perisian yang dipaparkan adalah menepati tajuk dan tema yang dipilih. Diharap penerapan Teori Konseptual Kata Kunci di dalam penghasilan karya sastera dapat menyampaikan mesej kepada individu serta masyarakat berkenaan dengan keindahan dan pengajaran yang terkandung di dalam masyarakat dengan lebih jelas serta terperinci. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4479 | ISBN: | 978-967-0021-14-0 |
Appears in Collections: | Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ePROCEEDING_WEBINAR PELESTARIAN WARISAN BUDAYA DI PERSADA DUNIA 2022.pdf | 5.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.