Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4535
Title: | Kelestarian Industri Batik Canting di Kelantan: Etnomatematika pada Motif | Authors: | Nurulahda Sulaiman | Keywords: | KELESTARIAN;INDUSTRI BATIK CANTING | Issue Date: | 2022 | Publisher: | Universiti Pendidikan Sultan Idris | Conference: | Seminar Internasional Literatur Nusantara Ketiga | Abstract: | Kelestarian batik canting kelantan adalah merupakan satu langkah penjanaan pendapatan bagi penduduk di negeri Kelantan terutamanya. Industri tekstil yang melibatkan batik adalah semakin berkembang dengan pesat ini merupakah salah satu punca pendapatan penduduk di Kelantan. Banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menaikan lagi taraf dan kemajuan batik Malaysia. Kajian ini memfokuskan tentang kajian etnomatematika pada motif batik canting di Kelantan, etnomatematika adalah merangkumi idea-idea matematika, pemikiran dan Latihan yang telah dikembangkan oleh semua budaya. Berdasarkan definisi tersebut, etnomatematika dapat di maksudkan sebagai matematika yang di amalkan oleh kelompok budaya seperti masyarakat di kampung dan bandar, golongan buruh, remaja dan kanak-kanak. Kajian pada motif batik di Malaysia dari sudut etnomatematika pada motif adalah amat kurang diberi perhatian Kajian ini bertujuan untuk memartabatkan lagi hasil tangan masyarakat setempat dan memberi kefahaman dan penjelasan kepada golongan muda untuk memahami maksud dan makna di setiap motif yang dihasilkan dan selebihnya adalah bertujuan untuk mengajak golongan ini lebih menghargai batik. Kajian terhadap etnomatematika pada motif batik canting di Kelantan telah dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan menghuraikan makna di sebalik motif yang telah dipilih oleh pereka batik, pendekatan etnografi juga diterapkan bagi menerangkan sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang di kumpul dari kerja lapangan Matematik dan kesenian sememangnya tidak dapat dipisahkan, ianya akan sentiasa wujud kerana hasil penelitian yang mendorong masyarakat untuk menghargai karya kesenian dari perspektif yang berbeza iaitu dari konsep amalan dan nilai matematik, kajian ini menyumbang kepada penemuan dimana pengetahuan yang sememangnya sudah ada, namun tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan akademik di Malaysia. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4535 | ISBN: | 978-629-7524-00-9 |
Appears in Collections: | Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
EPROSIDING SILIN 3.0.pdf | 5.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.