Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4748
Title: | Halatuju GIG ekonomi dan masa depan belia negara | Authors: | Nik Noorhazila Nik Mud Nik Syuhailah Nik Hussin Mohd Zulkifli Muhammad Abd Aziz Mat Hassan |
Issue Date: | 26-Jan-2023 | Publisher: | Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan | Journal: | Caknawan | Abstract: | Bermula daripada aplikasi dalam talian kepada penghantaran makanan dalam talian, perkhidmatan perkongsian perjalanan dan hampir semua aktiviti lain yang boleh dibayangkan, platform digital telah merevolusikan cara orang bekerja, bermain, belajar, bersosial dan membeli serta menjual barangan dan perkhidmatan. Salah satu perkembangan terkini yang paling menarik ialah peningkatan dan pembangunan berterusan ekonomi gig. Ekonomi gig atau dikenali juga sebagai ‘ekonomi platform’, ‘ekonomi atas permintaan’ dan ‘ekonomi bersama’, merujuk kepada permintaan dan penawaran perkhidmatan jangka pendek atau berdasarkan tugas. Ekonomi gig merupakan antara segmen baharu pekerjaan yang menjadi pilihan ramai susulan pelbagai kesukaran perlu dihadapi ekoran penularan pandemik COVID-19. Menjengah tahun 2020, ekonomi gig mula mendapat tempat malah ribuan sudah mula beralih ke sektor baharu itu yang dilihat mampu menjana lebih pendapatan berbanding beberapa sektor lain. |
Description: | Others |
URI: | https://caknawan.umk.edu.my/halatuju-gig-ekonomi-dan-masa-depan-belia-negara http://hdl.handle.net/123456789/4748 |
ISSN: | 2948-5037 |
Appears in Collections: | Faculty of Entrepreneurship and Business - Other Publication |
Show full item record
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.