Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4800
Title: | Bab 8: Kaedah Pemerhatian Tingkah Laku Haiwan | Authors: | Kamarul Ariffin Bin Kambali @ Hambali Aainaa Syazwani Mohammad Amir Hamzah |
Keywords: | Etogram | Issue Date: | 2023 | Publisher: | Penerbit UMK | Abstract: | Etogram adalah keseluruhan tingkah laku spesies. Etogram penting dalam mengkaji tingkah laku haiwan kerana ia merupakan ilmu asas untuk pemerhatian tingkah laku. Etogram dibina dengan memerhati dan mencatat semua aktiviti yang dilakukan oleh haiwan. Terdapat dua jenis corak tingkah laku yang sering dilihat pada haiwan: 1. Peristiwa: Peristiwa adalah corak tingkah laku dalam tempoh masa yang pendek seperti pergerakan badan atau suara yang diskrit. Ciri utama corak tingkah laku peristiwa adalah kekerapan kejadiannya. Sebagai contoh, berapa kali anjing menyalak dalam 1 minit akan menjadi ukuran kekerapan bagi tingkah laku peristiwa. 2. Keadaan: Keadaan adalah corak tingkah laku dalam jangka masa yang agak panjang, seperti aktiviti harian yang dilakukan haiwan. Ciri utama corak tingkah laku keadaan adalah tempohnya (purata atau keseluruhan jangka masa, atau bahagian masa yang dihabiskan untuk melakukan aktiviti tersebut). Sebagai contoh, tempoh masa seekor anjing tidur dalam masa 24 jam akan menjadi ukuran keseluruhan tempoh keadaan. Untuk mencatat tingkah laku ini dengan betul, kaedah persampelan tingkah laku mesti digunakan. Terdapat pelbagai kaedah persampelan yang digunakan dalam melakukan kajian pemerhatian tingkah laku. Persampelan yang akan ditekankan di sini adalah persampelan imbasan segera dan persampelan kelakuan tertumpu. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4800 | ISBN: | 978-967-0021-57-7 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FSB |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
COVER TEKNIK KERJA LAPANGAN DALAM SAINS SUMBER ASLI_270323.pdf | 14.22 MB | Adobe PDF | View/Open | |
BAB 8 TEKNIK KERJA LAPANGAN DALAM SAINS SUMBER ASLI.pdf | 155.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.