Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5194
Title: | Puisi Konkrit: Satu Penelitian Berdasarkan Pendekatan Semiotik | Authors: | Mohd Saipuddin Suliman Daeng Haliza Daeng Jamal Suraya Sukri Ainul Wahida Radzuan Fatimah Muhd Shukri Tuan Rusmawati Raja Hassan Lim Ying Xuan |
Keywords: | pendekatan semiotik;puisi konkrit;Tri-V;Gakgakgak. | Issue Date: | 2023 | Publisher: | UPSI Press | Journal: | Pendeta | Abstract: | Makalah ini mengaplikasi pendekatan semiotik sebagai kaedah dalam menginterpretasi puisi konkrit Tri-V (verbal-vokal-visual) “Gakgakgak” ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI). Fragmen penelitian dibahagikan kepada dua. Pertama meneliti kaedah penganalisisan pendekatan semiotik. Kedua menganalisis maksud-maksud perlambangan yang dikonstruk dalam puisi Tri-V “Gakgakgak”. Berdasarkan kepada penelitian yang dijalankan terhadap kedua-dua fragmen di atas, didapati pendekatan semiotik memainkan peranan untuk mengkategorikan tanda serta petanda dalam merungkai makna tersurat mahupun tersirat dalam puisi “Gakgakgak”. Dapatan kajian mendapati, puisi ini cuba mengangkat suara masyarakat bawahan dalam memprotes serta menuntut hak mereka yang sekian lama dirampas serta dinafikan. Kesemua elemen ini dikenal pasti berdasarkan pentafsiran kodifikasi pendekatan semiotik. Secara kesimpulannya, puisi Tri-V AGI merupakan karya yang unik dan sarat dengan perlambangan serta sesuai untuk ditekuni oleh penuntut IPTA/IPTS khususnya yang mengambil kursus Kesusasteraan Melayu. |
Description: | Mycite |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5194 | ISSN: | 1823-6812 | DOI: | 10.37134/pendeta.vol14.1.1.2023 |
Appears in Collections: | Journal Indexed MyCite - FTKW |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Jurnal Pendeta 2023 (Mohd Saipuddin Suliman).pdf | 422.53 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.