Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5281
Title: Penglibatan Komuniti dalam Pemuliharaan Warisan di Lembah Lenggong, Perak
Authors: Daeng Haliza Daeng Jamal 
Nordiana Ab Jabar 
Farrah Atikah Saari 
Mohd Saipuddin Suliman 
Norazlinda Mohamed Rosdi 
Keywords: Warisan;Lenggong;komuniti;pemuliharaan
Issue Date: 2023
Publisher: UKM Press
Journal: Jurnal Melayu 
Abstract: 
Lembah Lenggong adalah salah satu tapak arkeologi yang penting dalam kalangan ahli arkeologi setelah mendapat pengiktirafan dari The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada 2012. Data arkeologi yang ditemui di Lembah Lenggong membuktikan bahawa daerah kecil ini telah menjadi antara penyumbang penting dalam warisan yang ada di Malaysia. Bagi memastikan warisan bangsa dapat dipertahankan maka, komuniti setempat perlu memainkan peranan proaktif dalam menyokong usaha pihak bertanggungjawab. Justeru, makalah ini bertujuan mengenalpasti penglibatan komuniti setempat di kawasan tinjauan di Lembah Lenggong. Kaedah tinjauan dengan pemerhatian di lapangan digunakan sebagai kaedah kajian. Data dianalisis dengan pendekatan analisis kandungan. Kerangka Tangga Penyertaan (Ladder of Participation) yang dikemukakan oleh Arnstein (1969) dijadikan panduan dalam menganalisis penglibatan komuniti bagi kajian ini. Hasil tinjauan di lapangan mendapati, terdapat empat warisan tidak ketara yang menjadi identiti bagi daerah Lembah Lenggong iaitu makanan warisan Kebebe, Cendol Sagu Rumbia, dialek Melayu Patani dan pembuatan atap rumbia. Kajian ini juga membuktikan komuniti setempat proaktif dalam melestarikan warisan yang terdapat di kawasan mereka. Penyertaan komuniti setempat dalam pemuliharaan warisan dilihat berpotensi memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi dan sosial setempat.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5281
ISSN: 1675 - 7513
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Publish Paper_PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PEMULIHARAAN WARISAN DI LEMBAH LENGGONG, PERAK.pdf819.01 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.