Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5366
Title: | Isu dan Pemikiran Warisan dalam Era Kontemporari | Authors: | Nordiana Ab Jabar Daeng Haliza Daeng Jamal |
Keywords: | seni, budaya dan warisan | Issue Date: | 2023 | Publisher: | UMK Press | Abstract: | Kepelbagaian isu berkaitan seni, budaya dan warisan di Malaysia yang dibincangkan dalam setiap tajuk adalah berkait rapat dengan perkembangan semasa seni, budaya dan warisan di Malaysia. Perbincangannya juga merangkumi sejarah, objek budaya dan khazanah warisan yang tidak terlepas dari perkara-perkara berbangkit dan isu-isu semasa sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Isu-isu yang dibincangkan dalam buku ini turut merentasi kerelevanan aplikasi teknologi dalam memartabat dan memulihara khazanah warisan di Malaysia. Warisan kebudayaan adalah manifestasi kebitaraan masyarakat terdahulu yang menterjemah keindahan alam semula jadi kepada satu bentuk objek budaya dan seni sehingga diturunkan kepada generasi seterusnya. Dalam erti kata lain, warisan wujud setelah melalui satu proses sejarah yang panjang sehingga mewujudkan rasa kesepunyaan (sense of belonging) untuk diteruskan dari generasi ke generasi. Warisan sesebuah bangsa, sama ada berbentuk ketara mahupun tidak ketara, alam semula jadi atau warisan kebudayaan di bawah air dilihat mempunyai falsafah, keunikan dan nilainya yang tersendiri. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5366 | ISBN: | 978-967-0021-82-9 |
Appears in Collections: | Books (Others) - FTKW |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Isu dan pemikiran.jpg | 427.35 kB | JPEG | View/Open | |
Isu dan Pemikiran Warisan Dalam Era Kontemporari_Final-1-17.pdf | 3.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.