Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5382
Title: Bab 3: Keindahan Pantun Warisan: Perspektif Puitika Muhammad Haji Salleh
Authors: Nordiana Ab Jabar 
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Secara umumnya pantun merupakan salah satu daripada puisi tradisional milik masyarakat Melayu yang telah wujud sejak dari dahulu lagi. Pantun telah wujud sejak masyarakat Melayu masih tidak tahu membaca dan menulis. Menurut pendeta Za’ba (dlm. Asmah Haji Omar, 2002), pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan kepunyaan asal masyarakat Melayu. Sebelum wujudnya komunikasi secara surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun secara lisan. Bahkan sehingga detik ini pantun menjadi kaedah komunikasi berangkap yang indah masyarakat Melayu bagi menggambarkan fikiran dan rasa yang merangkumi; kegembiraan, kesedihan, ketakutan, kelembutan, kebijaksanaa dan pelbagai rencam emosi dan perilaku.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5382
ISBN: 978-967-0021-82-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.