Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5388
Title: | Bab 9: Pemahaman Masyarakat Terhadap Pendekatan Suaiguna Semula Bangunan Bersejarah: Tinjauan di Perak | Authors: | Daeng Haliza Daeng Jamal | Issue Date: | 2023 | Publisher: | UMK Press | Abstract: | Bangunan bersejarah merupakan salah satu warisan ketara yang berupaya menjadi simbol bagi sesebuah bandar dan komunitinya (A. Ghafar, 2010). Bangunan bersejarah yang masih kekal sehingga ke hari ini juga melambangkan kesungguhan pihak bertanggungjawab mengekalkan warisan seni bina di negara kita. Bangunan bersejarah secara mudahnya difahami sebagai bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah dan keindahan pada seni binanya. Maka secara tidak langsung kewujudannya pula membuktikan kehebatan seni bina dan pertukangannya yang diwariskan dari satu generasi ke generasi. Berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) warisan didefinisikan sebagai satu pengertian generik yang bermaksud warisan kebangsaan, objek, tapak, dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada disenaraikan atau tidak dalam daftar. Ashworth dan Tunbridge (1990) pula menjelaskan bahawa terma warisan juga digunakan dalam pelbagai konteks. Terma ini digunakan bagi merujuk kepada objek-objek dari masa silam atau tapaktapak peninggalan tanpa struktur fizikal kekal yang dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa silam. Merujuk kepada pengertian-pengertian ini, jelas membuktikan bangunan bersejarah berpotensi menjadi ikon bagi sesebuah tempat dan berupaya menyumbang kepada repositori sejarah negara. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5388 | ISBN: | 978-967-0021-82-9 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FTKW |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
COVER_Isu dan Pemikiran Warisan Dalam Era Kontemporari.pdf | 33.78 MB | Adobe PDF | View/Open | |
Isu dan Pemikiran Warisan Dalam Era Kontemporari_Final-1-17.pdf | 3.11 MB | Adobe PDF | View/Open | |
BAB 9 Isu dan Pemikiran Warisan Dalam Era Kontemporari_Final.pdf | 171.31 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.