Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5404
Title: | Estetika Pengaruh Makan Tradisi Kelantan 'Lompat Tikam' dalam Rekabentuk Tipografi | Authors: | Nurul Aisyah Othman Izati Nabila Marzuki Zulkefli Amdan Edzreen Syahira Jamil |
Keywords: | Estetika;Tipografi | Issue Date: | 2023 | Publisher: | Politeknik Ibrahim Sultan | Conference: | Creative Design Centre (CDeC) Politeknik Ibrahim Sultan | Abstract: | Kepelbagaian adat, kaum, warisan dan budaya di seluruh negeri di Malaysia merupakan aset yang paling bernilai dan memberi identiti unik kepada negara ini. Keunikan ini telah menjadi sumber inspirasi yang menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Seterusnya menjadi daya tarikan utama bagi pelancong yang datang melancong di Malaysia. Kuih muih di Kelantan amat terkenal dengan pelbagai aneka jenis dan keunikan yang menarik. Antaranya, kuih Lompat Tikam yang merupakan pencuci mulut atau snek manis yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan ianya telah menjadi ikon makanan tradisi Kelantan yang paling terkenal. Kuih Lompat Tikam ialah pencuci mulut atau snek manis yang diperbuat daripada tepung beras dan santan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara makanan tradisi kuih Lompat Tikam dengan reka bentuk tipografi sebagai medium untuk mempromosikan dan melestarikan warisan budaya Kelantan. Kaedah kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada responden. Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik dapat memperkenalkan estetika bidang tipografi sebagai alat strategik dalam pemeliharaan seni warisan Malaysia Kelantan, khususnya melalui lensa reka bentuk kepada masyarakat luar serta seterusnya menjadi platform dan rujukan kepada generasi akan datang supaya ia dapat dipelihara sehingga ke generasi akan datang. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5404 | ISSN: | 2289-9839 |
Appears in Collections: | Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
299bf49115 (1).pdf | Creative Design Digest 9th Edition Politeknik Ibrahim Sultan | 30.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.