Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5678
Title: Dinamika orientasi pemikiran dan pendidikan Institusi Pondok Di Kelantan
Authors: Nik Yusri Musa 
Nur Azuki Yusuff 
Ateerah Abdul Razak 
Keywords: institusi pondok
Issue Date: 2023
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Buku Dinamika Orientasi Pemikiran dan Pendidikan Institusi Pondok di Kelantan ini adalah hasil kajian berkaitan kesan orientasi pemikiran dan pendidikan institusi pondok kepada pola pemikiran dan pengamalan syariat masyarakat Kelantan. Buku ini merupakan inisiatif ahli akademik Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan UMK dengan bantuan penuh daripada Bahagian penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selaku pemberi dana dan urus setia dalam menyempurnakan kajian “Orientasi Pemikiran dan Pendidikan Institusi Pondok di Kelantan”. Ia merupakan satu wacana penting dalam memartabatkan bidang penyelidikan pendidikan Islam yang berteraskan institusi pendidikan pondok di Malaysia khususnya pemikiran dan pengamalan sistem pendidikan Islam di Kelantan. Kami membincangkan segala sudut institusi pendidikan dari aspek yang diobjektifkan oleh pihak JAHEAIK. Ia turut dikembangkan dengan maklumat tambahan hasil penemuan langsung dan tidak langsung semasa proses pengumpulan dan analisis data. Penyumbang dalam penghasilan buku ini terdiri daripada kumpulan penyelidik PEMIKIR, tokoh pengajian pondok, perunding, wakil komuniti, dan masyarakat tempatan. Bab-bab dalam buku ini asalnya dari analisis data primer dan sekunder hasil kajian yang telah dijalankan dan sepanjang tahun 2021 dan 2023. Selain tanda penghormatan kepada pihak penyumbang dana (JAHEAIK), matlamat buku ini diterbitkan bagi menjadi rujukan penggubal dasar, kepimpinan negara dan para ilmuwan dalam bidang pendidikan Islam, pemikiran, kemasyarakatan, sosiobudaya, malah ia boleh dirujuk oleh pembuat polisi, pelajar dan sebagai bacaan umum.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5678
ISBN: 978-967-0021-88-1
Appears in Collections:Books (Others) - FBI

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.