Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5694
Title: | Bab 11 : Kesimpulan: Rumusan dan hala tuju | Authors: | Ruzaini Ijon Mohd Kamil Ahmad Yohan Kurniawan Siti Fathihah Abd Latif |
Keywords: | COVID-19 | Issue Date: | 2023 | Publisher: | UMK Press | Abstract: | Penyakit yang disebabkan oleh corona virus yang dikenali sebagai COVID-19, telah dikenal pasti di Wuhan, China pada November 2019. Penyakit ini adalah sekumpulan wabak yang dibawa oleh sindrom pernafasan akut coronavirus 2 (SARS-CoV-2). COVID-19 telah diisytiharkan sebagai pandemik dan menular dengan sangat pantas hanya dalam beberapa bulan sahaja dan mampu melumpuhkan ekonomi dunia. Jelas bahawa pandemik COVID-19 ini telah memberi impak kepada seluruh masyarakat sejagat. Pada masa yang sama juga, peranan institusi sama ada dalam konteks institusi politik, sosial mahupun ekonomi turut teruji dan tercabar dengan situasi COVID-19 yang melanda negara. Institusi politik negara pastinya antara yang paling terkesan apabila tadbir urus negara berubah dalam usaha menangani impak COVID-19 kepada rakyat. Aspek tadbir urus merangkumi hubungan diplomatik antara negara, kawalan penyakit, pengurusan kesihatan, kestabilan ekonomi, dan keharmonian masyarakat merupakan antara aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh kepimpinan negara. Tadbir urus negara yang baik adalah sangat berkait dengan maqasid al-shariah, atau matlamat syariah iaitu konsep utama Islam bahkan semua agama, yang menekankan kepentingan menjaga agama, nyawa, akal, harta, dan keturunan. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5694 | ISBN: | 978-629-489-001-50 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FBI |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
CONTENT_PANDEMIK CABARAN DALAM MASYARAKAT ABAD KE- 21- isi kandungan & bab 1-1-11.pdf | 983.57 kB | Adobe PDF | View/Open | |
CONTENT_PANDEMIK CABARAN DALAM MASYARAKAT ABAD KE- 21- bab 11 -187.pdf | 142.82 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.