Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5797
Title: Konflik Wanita dalam Cerpen-Cerpen Terpilih Mawar Safei
Authors: Tuan Rusmawati Raja Hassan 
Nooratikah Daud 
Keywords: konflik wanita;Cerpen “Virus Zel Untuk Abah”
Issue Date: 2023
Publisher: UKM Press
Journal: Jurnal Melayu 
Abstract: 
Konflik merupakan suatu keadaan yang berkait rapat dengan situasi yang kurang menyenangkan antara satu sama lain terhadap sesuatu perkara, dan konflik juga boleh mendatangkan kesan yang baik dan juga buruk. Konflik boleh terjadi apabila ada pertentangan kepentingan dalam kalangan watak dan ia tidak hanya tercetus dalam kalangan manusia, bahkan terkadang boleh berlaku antara manusia dengan alam atau dengan bencana alam dan lain-lainnya. Tidak hanya lelaki, kaum wanita tidak terkecuali turut mengalami pelbagai konflik. Kajian ini mengenalpasti dan menganalisis konflik wanita dalam cerpen pilihan Mawar Safei. Cerpen yang menjadi mauduk kajian ialah “Virus Zel Untuk Abah” (1994) dan “Zel” (1997). Cerpen “Zel” misalnya merupakan tanggapan peribadi pengarang terhadap konflik wanita. Justeru, kajian ini dikerjakan menggunakan kerangka psikologi oleh Sigmund Freud untuk merungkai konflik yang mempengaruhi pemeragaan watak wanita. Pendekatan psikologi juga dikenali sebagai pendekatan yang menerokai alam dalaman atau alam batin manusia dan memahami sikap serta “kemanusiaan hidup”. Psikologi terbahagi kepada dua jenis iaitu konflik intrapersonal dan konflik interpersonal. Ditemukan, cerpen-cerpen ini memanfaatkan kedua-dua jenis konflik, misalnya konflik di tempat kerja, konflik dalam rumah tangga, konflik dalam diri dan konflik dalam keluarga. Ia diperagakan menerusi watak “Zel” dan “Aku’. Jelas menunjukkan bahawa Mawar Safei menggunakan wadah komunikasi massa iaitu cerpen sebagai alat dalam menyampaikan segala ideologi, pegangan dan pemikirannya terhadap wanita.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5797
ISSN: 1675-7513
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
JM APRIL.pdfmycite174.92 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.