Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/931
Title: KECUKUPAN SUMBANGAN (INFAQ) DI KALANGAN SEKOLAH AGAMA SWASTA DI MALAYSIA: PERANAN REPUTASI
Authors: Azira Hanani Ab Rahman 
Sofri Yahya 
Keywords: Sumber kewangan;Sekolah Islam Swasta;Sumbangan;Reputasi
Issue Date: 2020
Publisher: Kaizentrenovation Sdn Bhd
Abstract: 
Sumber kewangan yang mencukupi adalah penting untuk memastikan organisasi yang tidak berasaskan keuntungan (NPO) dapat mencapai tujuan dan objektif yang telah ditetapkan serta untuk memastikan organisasi tersebut terus berdaya saing dan relevan. Sekolah Islam swasta di Malaysia merupakan organisasi yang diasaskan oleh individu, badan bukan kerajaan atau pertubuhan Islam bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam untuk mendapatkan pendidikan akademik dan agama yang seimbang kepada anak-anak mereka. Namun begitu, kebanyakan sekolah Islam swasta di Malaysia menghadapi masalah kewangan yang telah menyebabkan aktiviti dan pembangunan yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sumber kewangan utama untuk sekolah agama Islam swasta ini adalah yuran pelajar, walaubagaimanapun yuran sahaja tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos operasi dan pembangunan yang dirancang. Oleh itu, sekolah Islam swasta di Malaysia sangat bergantung pada sumbangan daripada individu serta badan korporat. Dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas, kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan reputasi dengan kecukupan sumbangan yang diterima oleh sekolah-sekolah Islam swasta di Malaysia. Perisian Smartpls (v. 3.2.9) digunakan untuk menganalisa data dan hasil kajian menunjukkan bahawa kecukupan sumbangan yang diterima oleh sekolah-sekolah Islam swasta di Malaysia dipengaruhi oleh reputasi yang baik. Untuk mendapatkan hasil yang lebih komprehensif, adalah diharapkan agar kajian pada masa depan dapat dilakukan secara berasingan terhadap institusi pondok, sekolah tahfiz serta SRI dan SMI.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/931
ISBN: 978-967-17718-2-2
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FKP

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Trend dan Isu-Isu dalam Teknologi, Pengurusan dan Sains Sosial-1.pdf4 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.