Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/937
Title: | PENGAJARAN MATA PELAJARAN AGAMA BERASASKAN BAHASA ARAB DALAM KURIKULUM BERSEPADU DINI | Authors: | Kamarulzaman Abdul Ghani | Keywords: | Kurikulum Bersepadu Dini;Kaedah Integarsi;CLIL;Komunikasi bahasa Arab;SABK | Issue Date: | Jun-2020 | Project: | Skim Geran Penyelidikan Fundamental (R/FRGS/A04.00/01336A/001/2016/00363) | Abstract: | Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) mula dilaksanakan sebagai kurikulum kebangsaan pada tahun 2015 di SABK seluruh Malaysia. KBD merupakan kurikulum pendidikan Islam baharu yang direka bentuk oleh KPM dan JAKIM berasaskan konsep agama-Arab yang sebelum ini dikenali sebagai Kurikulum Azhari. Aspirasi utama pelaksanaan kurikulum ini antara lain untuk meningkatkan kualiti komunikasi dan berbahasa Arab dengan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Namun sehingga kini belum terdapat satu panduan dan kaedah yang jelas bagaimana cara terbaik pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum ini di dalam kelas. Sehubungan itu kertas ini bertujuan mencadangkan satu kaedah pengajaran mata-mata pelajaran agama dalam KBD yang dapat merealisasikan hasrat ini. Kaedah ini dibina berasaskan tinjauan analisis keperluan yang diperoleh daripada sampel pelajar dan guru seluruh Malaysia. Hasil tinjauan ini, konsep pengajaran model CLIL telah dipilih dan diadaptasi mengikut acuan Malaysia. Kaedah ini telah berjaya dibina berkonsepkan integrasi kandungan dan kemahiran bahasa. Kaedah ini juga telah dilakukan semakan dan mendapat persetujuan serta pengesahan kebolehgunaannya oleh enam orang pakar yang terdiri daripada tiga orang ahli akademik, seorang guru juru latih utama KBD dan dua orang guru berpengalaman KBD di SABK. Hasil dari perakuan enam pakar ini kaedah ini dinamakan Kaedah Integrasi yang merujuk kepada pengabungjalinan antara kaedah pengajaran kandungan mata pelajaran dan kaedah pengajaran kemahiran bahasa kedua. |
Description: | Kertas ini adalah pembentangan sebagai Pengucap Utama dalam SEDITA2020 |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/937 |
Appears in Collections: | Faculty of Language Studies and Human Development - Other publication |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Full Paper 2020.pdf | 352.24 kB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.