Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/937
Title: PENGAJARAN MATA PELAJARAN AGAMA BERASASKAN BAHASA ARAB DALAM KURIKULUM BERSEPADU DINI
Authors: Kamarulzaman Abdul Ghani 
Keywords: Kurikulum Bersepadu Dini;Kaedah Integarsi;CLIL;Komunikasi bahasa Arab;SABK
Issue Date: Jun-2020
Project: Skim Geran Penyelidikan Fundamental (R/FRGS/A04.00/01336A/001/2016/00363) 
Abstract: 
Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) mula dilaksanakan sebagai kurikulum kebangsaan pada
tahun 2015 di SABK seluruh Malaysia. KBD merupakan kurikulum pendidikan Islam baharu
yang direka bentuk oleh KPM dan JAKIM berasaskan konsep agama-Arab yang sebelum ini
dikenali sebagai Kurikulum Azhari. Aspirasi utama pelaksanaan kurikulum ini antara lain
untuk meningkatkan kualiti komunikasi dan berbahasa Arab dengan menjadikan bahasa Arab
sebagai bahasa pengantar. Namun sehingga kini belum terdapat satu panduan dan kaedah
yang jelas bagaimana cara terbaik pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum ini di
dalam kelas. Sehubungan itu kertas ini bertujuan mencadangkan satu kaedah pengajaran
mata-mata pelajaran agama dalam KBD yang dapat merealisasikan hasrat ini. Kaedah ini
dibina berasaskan tinjauan analisis keperluan yang diperoleh daripada sampel pelajar dan
guru seluruh Malaysia. Hasil tinjauan ini, konsep pengajaran model CLIL telah dipilih dan
diadaptasi mengikut acuan Malaysia. Kaedah ini telah berjaya dibina berkonsepkan integrasi
kandungan dan kemahiran bahasa. Kaedah ini juga telah dilakukan semakan dan mendapat
persetujuan serta pengesahan kebolehgunaannya oleh enam orang pakar yang terdiri daripada
tiga orang ahli akademik, seorang guru juru latih utama KBD dan dua orang guru
berpengalaman KBD di SABK. Hasil dari perakuan enam pakar ini kaedah ini dinamakan
Kaedah Integrasi yang merujuk kepada pengabungjalinan antara kaedah pengajaran
kandungan mata pelajaran dan kaedah pengajaran kemahiran bahasa kedua.
Description: 
Kertas ini adalah pembentangan sebagai Pengucap Utama dalam SEDITA2020
URI: http://hdl.handle.net/123456789/937
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Other publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Full Paper 2020.pdf352.24 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.