Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/992
Title: | Persepsi dan Pengalaman Guru Pendidikan Khas dalam Menghadapi Permasalahan Disleksia dalam Kemahiran Literasi | Authors: | Liyana Ahmad Afip Nurul Fatihah Khuzaiton Zakaria |
Keywords: | persepsi, pengalaman dan kaedah pengajaran, disleksia, kelas pendidikan khas, kemahiran literasi | Issue Date: | 29-Oct-2013 | Abstract: | Disleksia ialah satu perkataan yang berasal daripada dua gabungan perkataan Yunani iaitu “Dyn “ dan “ Lexia” yang bermaksud kesukaran dalam kemahiran menulis. Disleksia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gangguan dalaman yang berlaku kepada seseorang individu yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti faktor genetik dan faktor biologi. Individu yang mempunyai disleksia tidak memerlukan rawatan ubat-ubatan akan tetapi mereka memerlukan kaedah-kaedah tertentu bagi menangani gangguan permasalahan ini. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam kemahiran literasi yang meliputi empat kemahiran yang dikenali sebagai 4 M iaitu, membaca, menulis, mengeja dan mengira bagi mencari kaedah-kaedah yang berkesan untuk diaplikasikan oleh para guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi dan pengalaman guru pendidikan khas di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Jeli terhadap masalah disleksia dalam kalangan pelajar. Kajian ini berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas tenaga pengajar di sekolah tersebut. Hasil dapatan kajian ini diharap dapat membantu para guru untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah disleksia. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/992 |
Appears in Collections: | Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Conference Paper 1.pdf | 199.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.