Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/1292
Title: | Penukaran Sistem Kewangan Konvensional Kepada Islam dan Sumbangannya Kepada Sistem Kewangan Islam di Malaysia | Authors: | Nurul Iman Mohd Zain Abdullah, Luqman Abd Sukor, Mohd Edil Ahmad, Mohd Kamil |
Keywords: | Perbankan Islam; Perbankan Konvensional; Penukaran; Sistem Kewangan Konvensional dan Sistem Kewangan Islam. | Issue Date: | 31-Oct-2018 | Publisher: | Universiti Malaysia Kelantan | Conference: | International Conference on Ummah 2018: Civilisation, Language and Sustainability | Abstract: | Sistem kewangan dan perbankan konvensional adalah sangat berbeza dengan sistem kewangan dan perbankan Islam. Walaupun kedua sistem ini mempunyai fungsi yang sama, iaitu peranannya sebagai ‘badan perantara’ di antara unit lebihan (surplus unit) and unit kurangan (deficit unit), namun setiap urusniaga dan operasi yang dijalankan adalah berbeza. Ini disebabkan falsafah dan elemen teras yang menjadi tonggak kepada perjalanan bagi kedua-dua sistem adalah berbeza. Justeru, fenomena penukaran sistem bagi sesetengah perbankan konvensional untuk menjadi sebuah perbankan yang patuh syarak adalah fenomena positif, di mana fenomena ini dapat menggalakkan perkembangan dan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia, yang sememangnya adalah sebuah negara Islam, bukan sahaja di peringkat serantau, malahan ke peringkat global. Artikel ini bertujuan menjelaskan sumbangan penukaran sistem ini ke atas pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia. Kaedah kualitatif digunakan bagi menganalisis dokumen, laporan-laporan tahunan, sejarah, dan kajian-kajian terdahulu. Hasil kajian mendapati bahawa, Malaysia merupakan antara negara yang giat memajukan sistem kewangannya ke arah sistem kewangan Islam. Walaupun sistem kewangan konvensional masih beroperasi, namun usaha untuk menjadikan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada sistem berteraskan riba dan faedah adalah usaha yang positif, sekali gus berpotensi memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai hub kewangan Islam antarabangsa, di samping menawarkan pelbagai nilai tambah. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/1292 | ISBN: | 978-967-2229 |
Appears in Collections: | Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ICU2018CLSproceedings.pdf | 14.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.