Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/1464
Title: | Kisah 17 Umar Hasfizal – Penyanyi: Bintang Bertuah | Authors: | Nur Mustaqim Jamalludin Zul Karami Che Musa |
Issue Date: | 2020 | Publisher: | Institut Terjemahan dan Buku Malaysia | Abstract: | Umar Hasfizal, 22, merupakan seorang penggiat seni yang terkenal dan berpotensi tinggi. Khususnya di kalangan Badan Kerajaan dan NGO, beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti ke sukarelawan dan kebajikan berkaitan insan istimewa. Perkara yang mencuri perhatian ramai adalah beliau merupakan seorang penghidap autisme. Sepanjang 11 tahun penglibatan Umar dalam bidang seni, beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan di dalam dan di luar negara. Seawal usianya dua tahun setengah, timbul keraguan ibu bapa Umar mengenai tingkah laku beliau yang berlainan dengan kanak-kanak lain seusianya. Ditakdirkan pada suatu hari, mereka terbaca keratan akhbar tulisan Dr Zasmani Shafiee berkaitan autisme dan tanda-tandanya. Majoriti tanda-tanda tersebut terdapat pada permata sulung mereka pada ketika. Antara tanda tersebut ialah beliau terlalu aktif dan masih belum mampu bertutur seperti kanak-kanak sebayanya. Selain itu, beliau juga sering mengajuk atau mengulang kata-kata dan soalan yang dilemparkan kepadanya. Istilah ilmiahnya dikenali sebagai ekolalia iaitu kecenderungan seseorang mengulangi atau meniru kata-kata yang baru sahaja ditutur oleh orang lain secara spontan disebabkan faktor seperti keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Tanpa berlengah, mereka mengambil keputusan untuk membawa Umar ke HUKM untuk didiagnosis oleh pakar perubatan. Setelah menjalani proses berkaitan selama enam bulan, akhirnya Umar telah disahkan sebagai insan istimewa autisme ketika beliau berusia tiga tahun. Walaupun disahkan menghadapi masalah pada fungsi otak, ia tidak menjadi penghalang beliau untuk menggapai kejayaan yang membanggakan kedua ibu bapanya. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/1464 | ISBN: | 978-967-460-867-5 |
Appears in Collections: | Book Sections (Others) - FKP |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Zul Karami Che Musa.pdf | 520 kB | Adobe PDF | View/Open | |
COVER BUKU OKU.pdf | 1.11 MB | Adobe PDF | View/Open | |
SURAT PENERBITAN BUKU OKU.pdf | 1.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.