Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4362
Title: | Pembangunan Insan dalam Mata Pelajaran Umum: Kajian Terhadap Pelajar Universiti Malaysia Kelantan | Authors: | Ruzaini Ijon Siti Fathihah Abd Latif Ateerah Abdul Razak Azahah Abu Hassan Shaari |
Keywords: | Keberkesanan;Mata Pelajaran Umum;Pembangunan Umum;Pembelajaran dan Pengajaran;Strategi | Issue Date: | 2022 | Publisher: | General Studies Department (GSD), Sunway College Kuala Lumpur. | Project: | KAJIAN KEBERKESANAN KURSUS WAJIB KPT TERHADAP PEMBANGUNAN KEPERIBADIAN PELAJAR | Conference: | SEMINAR MATA PELAJARAN UMUM SeMUKE SIRI | Abstract: | Pengenalan kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) sejak 2013 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertujuan meningkatkan kualiti pembangunan insan dalam kalangan pelajar. Pelaksanaannya kini turut berasaskan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dalam menyokong IPT membentuk kurikulum yang bersepadu. Sejajar dengan keperluan semasa, pelbagai kursus MPU baharu telah diperkenalkan pada sesi 2019/2020 seperti Falsafah dan Isu Semasa serta Penghayatan Etika dan Peradaban sekaligus merancakkan lagi pelaksanaan MPU di universiti. Lanjutan penerapan kaedah pembelajaran teradun yang menggabungkan kelas berbentuk fizikal dengan dalam talian, pandemik COVID-19 telah mendorong Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya termasuklah kursus MPU pada tahun 2019. Justeru, penilaian terhadap keberkesanan PdP bagi MPU perlu dilakukan bagi mengenal pasti strategi dalam menambah baik penyampaian dan hasil PdP sama ada dalam talian atau PdP secara fizikal. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada tahap pembangunan insan dapat dicapai melalui kursus MPU di IPT. Kajian ini menggunakan kaedah mixed-method. Bagi kaedah kuantitatif, soal selidik diedarkan kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Manakala bagi kajian kualitatif pula, kajian melibatkan perbincangan fokus kumpulan. Terdapat tiga tema terhasil daripada kajian kualitatif, iaitu reaksi positif berkaitan dengan pelaksanaan MPU dan MPU berjaya membentuk keperibadian pelajar ke arah yang lebih baik. Selain itu juga, beberapa strategi dapat dilakukan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dalam talian misalnya penekanan aspek psikologi dan hubungan sosial antara pendidik dan pelajar di samping kepelbagaian penggunaan medium penyampaian berbentuk interaktif sepanjang pengkuliahan. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa MPU wajar diteruskan pada masa akan datang. Kajian berkala perlu dilakukan bagi memastikan kualiti PdP dapat ditambah baik dari masa ke masa. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4362 | ISBN: | 978-967-5492-71-6 |
Appears in Collections: | Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ARTIKEL SEMUKE.pdf | 357.54 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.