Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/4436
Title: | Pelaksanaan Taksonomi Fikir-Zikir (FiZi) Di Sekolah Terpilih Yayasan Islam Kelantan (YIK) | Authors: | Noor Hisham Md Nawi | Keywords: | Taksonomi;pendidikan bersepadu;pandangan alam Islam | Issue Date: | 2022 | Publisher: | FBI UMK | Conference: | International Conference on Ummah | Abstract: | Ramai sarjana pendidikan Islam mengkritik Taksonomi Bloom atas beberapa kelemahannya dan berusaha untuk membina taksonomi alternatif. Taksonomi Fikir-Zikir (ZiFi) adalah salah satu taksonomi alternatif yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan PdP bersepadu. Kesepaduan dalam penulisan ini adalah merujuk kepada kesepaduan fardu ain dan fardu kifayah. Taksonomi FiZi adalah satu usaha penggabungan potensi fikir pelajar berasaskan domain kognitif dengan potensi zikir berasaskan domain kerohanian. Ia mengandungi lapan tahap yang boleh memandu guru tentang aras kesepaduan yang diingini dan dirancang dalam proses PdP. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji kebolehlaksanaan Taksonomi FiZi di beberapa sekolah terpilih di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Kajian menggunakan kaedah Diskusi Kumpulan Berfokus (FGD) untuk mendapatkan pandangan peserta tentang kebolehlaksanaan Taksonomi FiZi dalam menghasilkan PdP bersepadu. Analisis FGD telah menghasilkan 5 tema besar iaitu kefahaman makna pendidikan bersepadu dan PdP bersepadu dalam kalangan peserta, realiti pelaksanaan PdP bersepadu, latihan dan pendedahan PdP bersepadu, penilaian aplikasi Taksonomi FiZi dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan pendidikan bersepadu dengan menggunakan Taksonomi FiZi. Setiap tema tersebut mengandungi beberapa sub tema yang tersendiri. Taksonomi FiZi ini adalah salah satu dari mata rantai usaha berterusan untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu melaksanakan gagasan pendidikan bersepadu bagi melahirkan insan soleh-muslih yang berperanan besar dalam pembangunan ummah. |
Description: | Others |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/4436 | ISBN: | 978-967-0021-48-5 |
Appears in Collections: | Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
eProceeding ICU 2022.pdf | 15.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.