Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/5766
Title: Novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Hubungan Jiwa Manusia Dengan Pepohonan
Authors: Mawar Safei 
Tuan Rusmawati Raja Hassan 
Keywords: Anwar Ridhwan;novel Melayu;kelangsungan hidup Masyarakat Melayu
Issue Date: 2022
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: 
Empat novel Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, 1976), Arus (1982), Negeri Di Negeri Belalang (1986), Naratif Ogonshoto (2002) menunjukkan hubungkait yang rapat dengan alam sekitar. Kajian ini memberikan tumpuan melalui novel pertama, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, iaitu tentang bagaimana watak Pak Hassan, seorang penglipur lara, mengalami kemurungan atas kematian isteri dan kehilangan anaknya. Kesengsaraan Pak Hassan itu diterjemah pengarang dalam hubungannya dengan pohon pujangga songsang, iaitu tumbuhan yang dipercayai menjadi simbol harapan dan kebahagiaan, dalam ruang bawah sedar Pak Hassan. Keakraban Pak Hassan terhadap pohon pujangga songsang adalah perlambangan yang digambarkan dan sesuai dengan konsep “kampung halaman” yang dikemukakan Anwar Ridhwan dalam perihal kepengarangannya. Salah satu prinsip yang diperkenalkan dalam “kampung halaman” ialah “alam tabii dimanfaatkan secermat mungkin, dipelihara dan dibangunkan untuk generasi akan datang.” Pak Hassan dan pohon pujanga songsang itu rata-rata mewakili hubungan dan keterikatan manusia dengan alam. Watak Pak Hassan turut menjadi lambang kelangsungan hidup Melayu yang tidak hanya mengekalkan hubunganya dengan alam, malah pelestariannya dalam tradisi bercerita, serta memelihara kehormatan keluarga. Kaedah membaca teks ini turut dicadangkan untuk mendidik kesedaran terhadap alam sekitar dengan menggunakan karya sastera.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/5766
ISBN: 978-967-251-909-6
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Buku alam Sekitar.docchapter in book2.74 MBMicrosoft WordView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.