Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/6338
Title: | DIKIR LABA: BENTUK PERSEMBAHAN TRADISIONAL DI TUMPAT, KELANTAN | Authors: | Nur Azmina Abu Bakar Raja Iskandar Raja Halid |
Keywords: | Dikir Laba, Kampung Morak, Seni Persembahan, Kelantan | Issue Date: | 31-Mar-2024 | Publisher: | UMK | Journal: | International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) | Abstract: | Dikir Laba merupakan satu bentuk hiburan yang lahir daripada kearifan masyarakat tempatan dan merupakan salah satu seni persembahan tradisional yang masih wujud di Negeri Kelantan. Persembahan ini banyak dipersembahkan terutamanya di majlis perkahwinan, maulud dan majlis keagamaan. Pada awal abad ke-20, persembahan Dikir Laba merupakan hiburan yang sangat diminati dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Kini, Dikir Laba merupakan satu warisan seni tempatan yang sudah jarang diketahui dan didengari oleh generasi muda. Penyelidikan ini akan mengupas mengenai bentuk persembahan Dikir Laba yang masih wujud di kawasan Tumpat Kelantan khususnya di kampung Morak dan Kampung Periuk. Hasil data penyelidikan yang diperoleh diambil menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual responden. Tinjauan dilakukan untuk mengetahui isu dan permasalahan yang berkaitan dengan penyelidikan, manakala pemerhatian digunakan untuk melihat sejauh mana bentuk seni persembahan Dikir Laba masih diamalkan oleh kedua-dua buah kumpulan. Kaedah temu bual yang dijalankan melibatkan empat orang responden termasuk tokoh Dikir Laba yang masih aktif bergiat. Penyelidikan mendapati bahawa bentuk persembahan Dikir Laba berdasarkan nyanyian dan tarian berkumpulan masih dikekalkan. Keistimewaan bentuk persembahan Dikir Laba ini akan diperjelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel ini. |
Description: | Mycite |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/6338 | ISSN: | 2716-6430 | DOI: | https://doi.org/10.47252/teniat.v12i1.1047 |
Appears in Collections: | Journal Indexed MyCite - FTKW |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Dikir Laba.pdf | 750.91 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.